10 sebab mengapa doa itu ditolak...
Begitulah firman Allah kepada hambanya,tapi tahukah kita bahawa ada sepuluh sebab kenapa doa itu di tolak menurut ahli sufi antara sebab-sebabnya ialah;
1. Kamu mengaku mengenali Allah tetapi kamu tidak memenuhi hakNya .(Mengikut segala suruhan dan meninggalkan laranganya)
2. Kamu mengaku mencintai Rasulullah tetapi kamu tidak pernah mengikuti sunahnya.
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkan isi kandungannya .
4. Kamu mengaku bahawa syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu patuh padanya.
5. Kamu berdoa memohon dijauhkan api neraka tetapi kamu mendekatinya dgn selalu membuat maksiat
6. Kamu berdoa semoga dimasukkan dalam syurga tetapi kamu tidak berusaha untuknya
7. Kamu mengetahui bahawa kematian itu pasti tetapi kamu tidak bersiap sedia utknya .
8. Kamu selalu membuka keaiban saudara kamu tetapi kamu tidak melihat keaiban diri kamu sendiri.
9. Kamu memakan segala rezeki dan nikmat Allah tetapi kamu tidak mahu mensyukurinya.
10. Kamu mengebumikan orang yang meninggal dunia tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.
Lihatlah kawan-kawan sekalian mari kita renungkannya ,adakah kita tergolong di dalam golongan di atas,Jangan kita salahkan sesiapa sekiranya doa kita tidak dimakbulkan kerana ianya adalah berpunca dari diri kita sendiri yang leka ,lemah dan cuai dgn kelalaian yang kita cipta sendiri ,moga Allah merahmati hidup kita Amin…
7 kalimat penting
Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allahdan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang
alam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan
selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa
ILMU TINGGI AKHLAK RENDAH?
tiga perkara:
1- untuk bertengkar.
2- untuk menyombongkan diri dan
3- untuk menunjuk-nunjuk.
............... (Dari Ihya Ulumuddin bab 'Bahaya Lidah' 4:303)
No comments:
Post a Comment