Thursday, December 23, 2010

Fadhilat atau Hikmah Wuduk


Kita sering melakukan wuduk iaitu ambil sembahyang ataupun ingin membaca al Quran. Tahukah kawan-kawan bahawa perbuatan wuduk itu mempunyai pengajaran yang tersirat disebalik perbuatan yang dilakukan.

Kita disarankan  setiap kali  mengambil wuduk supaya dalam hati kita berdoa sesuatu sebagaimana berikut;

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".(Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah)

2.
Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".(Ahli syurga mukanya putih berseri-seri)

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".(Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan)

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".(Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri)

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".(Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala)

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" .
(Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll)

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".( Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali)

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".(Qada' dan Qadar kita di tangan Allah)

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.


Kebersihan Jasmani

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang telah memakan bawang merah, bawang putih dan kurrath, maka janganlah sesekali menghampiri masjid kita, kerana sesungguhnya malaikat merasa susah dari perkara yang menyakitkan manusia." (H.R Muslim)

Rasulullah SAW sangat melarang orang-orang yang makan sayuran yang berbau busuk supaya tidak menghampiri masjid supaya bau busuk mulut mereka tidak menyusahkan malaikat dan manusia.

Dari Jabir r.a bahwasanya beliau berkata: Rasulullah SAW telah datang kepada kita kerana berziarah lalu baginda melihat seorang lelaki yang memakai pakaian kotor lalu baginda bersabda: "Tidakkah orang ini dapat sesuatu yg dipakai untuk membasuh pakaiannya?" (H.R Imam Ahmad dan Nasai')

Rasulullah SAW tidak membenarkan manusia menghadiri majlis2 dgn pakaian yg kotor selagi dia mampu mencuci dan membersihkannya, agar orang yg demikian menyedari hidayah Rasulullah SAW, supaya setiap muslm sentiasa bersih badan dan pakaiannya, bagus pada lahirnya dan sedap dipandang. RSAW bersabda: "Tidak mengapa kalau seorang dari kamu memakai dua pakaian utk hari Jumaat selain dari dua pakaian kerja" (H.R Abu Daud)

[Mohd Ali Hashimi, Keperibadian Muslim, ms 57-58]

No comments:

Post a Comment