Wednesday, February 8, 2012

You Get What You Give! TAHNIAH !!!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah akhirnya Tc Yusnita mendapat ganjaran daripada apa yang telah diusahakan selama ini. Saya turut rasa terharu dan gembira serta bersyukur kepada Allah dengan anugerah yang diperolehi oleh Tc Yusnita pada tahun 2012. Anugerah Exxon Mobil dan akhirnya Guru Cemerlang DG 44. Tahniah.


Semuga rezeki yang Allah kurniakan ini merupakan penggerak kepada Tc Yusnita untuk meneruskan perjuangannya menjadi seorang pendidik yang berkualiti, berketrampilan, jujur dan amanah. Sesungguhnya untuk sampai ke tahap ini, saya tahu dan sedar pelbagai liku-liku, ranjau-ranjau yang menusuk hati dan perasaan Tc Yusnita. Tetapi anggaplah ia sebagai penggerak yang berjaya meningkatkan harga diri anda. You get what you give. Pedulikan apa orang lain nak kata, yang penting apa yang kita buat ini ikhlas kerana Allah. Memang tabiat manusia tidak seronok dengan kejayaan orang lain. Asalkan apa yang kita perolehi bukan dengan merampas hak orang lain. Inilah satu perjuangan. 

Perjuangan perlukan pengorbanan. Air mata, sedih dan pilu, dipulau dihina, diumpat, itu semua asam garam dalam hidup.


Yang pentingnya teruskan perjuangan anda untuk berbakti kepada anak-anak didik dengan pelbagai bentuk inovasi dan kreativiti. Kata Winston Churchill. "Kita hidup dengan apa yang kita perolehi, tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan." Selamat maju jaya. Saya doakan semuga anda bahagia bersama keluarga tercinta. You get what you give. Berikan lebih banyak kepada semua orang.


Daripada Cikgu Syed.