Salam sejahtera, salam iman yang mantap dan islam yang kukuh. Jom kita rehatkan minda sekejap..em..kenal tak siapa Abbas As Sisi? Kalau pengunjung biasa membaca buku-buku haireki Islam, beliau adalah antara tokoh yang biasa dikenali.
Beliau, Abbas As Sisi adalah salah seorang pengikut dan juga anak murid setia Asy Syahid Hassan Al Banna. Sebagai generasi pertama Ikhwan Muslim, beliau dianggap tokoh yang sama tarafnya dengan Asy Syahid Hassan Al Banna. Pelbagai sumbangan yang telah beliau infaq kan, antaranya dengan melalui penulisan.
Kali ini, penulis suka untuk berkongsi, satu buku atau kitab yang antara termasyhur karangan beliau; Bagaimana Menyentuh Hati. Kitab ini adalah antara lain menceritakan bagaimana kita sebagai pendakwah harus ada teknik dan kaedah yang berlembut apabila berhadapan dengan mad'u yang didakwahkan atau musuh yang ingin mencabar kedaulatan Islam kita.
Di sini penulis memetik sedikit mutiara daripada awal karangan kitab ini. Semoga mendapat rahmat Allah SWT.
Tiga Karakter Manusia
Dalam kehidupan ini manusia dapat diklasifikasi dalam tiga kategori, iaitu:
1. Manusia yang berperilaku dengan Akhlak Islamiah
Ia adalah orang yang rajin beribadah dan rajin ke masjid(antara kriteria yang menjadi ukuran). Orang yang seperti ini harus diutamakan, kerana mereka lebih dekat dengan dakwah kita, sehingga kita tidak perlu mengeluarkan tenaga yang banyak untuk mengajak mereka ke arah kebaikan, dan untuk mengajak mereka pun tidak banyak kesulitan, insya Allah.
2. Manusia yang berperilaku dengan Akhlak Asasiyah
Golongan ini adalah orang yang tidak taat beragama, tetapi tidak mahu terang-terangan dalam berbuat maksiat kerana ia masih menghormati harga dirinya. Orang-orang seperti ini menempati urutan kedua dalam keutamaan kita untuk menyampaikan dakwah, namun golongan ini tidakharus kita abaikan kerana bagi kita yang ada ilmu, kita wajib memperbaiki kesilapan dan menambah apa yang kurang bagi mereka. Jelas di sini, golongan ini amat memerlukan kita untuk faham tentang Islam dengan lebih jelas.
3. Manusia yang berperilaku dengan Akhlak Jahiliah
Ia adalah orang yang bukan dari golongan pertama atau kedua. Golongan ini adalah antara orang yang tidak peduli terhadap orang lain, sedang orang lain mengejinya kerana perbuatan dan perangainya yang hina. Rasulullah saw. bersabda,
"Sesungguhnya sehina-hina tempat manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalah
orang yang ditinggalkan (dijauhi) masyarakatnya kerana takut dengan kehinaannya."
(HR. Bukhari dan Muslim)
Golongan inilah yang disebut dalam sabda Rasulullah saw. sebagai:
"Sehina-hina teman bergaul". (HR. Muslim)
Orang-orang seperti ini menempati urutan terakhir dalam keutamaan dakwah fardiyah, atau kita biasa dengar antara kaedah berdakwah dalam Islam iaitu 'Fiqh Aulawiyat'.
Dalam satu kisah, ada beberapa pemuda dari daerah Bulaq, Kairo, yang berkeliling mencari tanah yang kosong untuk digunakan sebagai tempat peringatan Maulid Nabi Muhammad saw., yang akan dihadiri oleh Imam Hasan Al-Banna sebagai pembicara. Di sebelah warung makan, mereka menjumpai tanah lapang, lalu mereka bertanya kepada pemilik warung makan tersebut.
Pemilik warung itu adalah Ustadz Ibrahim Karrum, seorang tokoh dari daerah Bulaq yang disegani oleh pemerintah yang berkuasa pada waktu itu dan disegani pula oleh kawan sendiri. Setelah mengetahui maksud dan tujuan pemuda-pemuda itu, beliau menyambutnya dengan sambutan yang luar biasa dan menyatakan kesediaannya. Setelah mereka kembali, mereka menceritakan kejadian yang baru saja mereka alami kepada Ustadz Hasan Al-Banna.
Di sini jelas menunjukkan kita bahawa Islam itu indah. Dan kitalah antara mutiara yang mengindahkan Islam di mata masyarakat yang masih kabur dengan kesucian Islam. Lantaran umat Islam itu sendiri yang alpa dengan nikmat dunia, maka makin bertambah-tambah lah keraguan mereka setelah melihat masyarakat Islam pada hari ini yang terlalu dhaif dalam pelbagai perkara.
Kes jenayah..umat Islam yang mempolopori..kes kemunduran dan kurang kemajuan..umat Islam jua majoritinya..soal hilang keyakinan diri dan mudah berputus asa dan pelbagai lagi..kita juga yang masih lagi menjadi golongan yang tidak mahu menggunakan nikmat akal dengan sebaiknya.
Justeru, renung-renungkanlah agar kita sama-sama dapat kembalikan kedaulatan Islam di mata masyarakat. Alangkah indah hidup ini, hidup bersama Illahi, kehendak Allah di fahami, pandai menerima dari-Nya..wallahualam.