Wednesday, February 9, 2011

AL FATIHAH !!! TAKZIAH KEPADA CIKGU YUSNITA

AL FATIHAH !!! TAKZIAH KEPADA CIKGU YUSNITA

Petang tadi lebih kurang jam 6.15 petang Cikgu Yusnita dan suaminya Cikgu Zuber serta dua orang anaknya menziarahi saya di rumah. Dalam keadaan rancak berbual kurang lebih jam 6.50 petang, Cg Zubir menerima panggila telefon daripada adik iparnya di Pulau Pinang memberitahu berita yang sungguh menyedihkan, bahawa bapa mertuanya iaitu ayah Cikgu Yusnita meninggal dunia. Saya turut terkejut dan menasihatkan beliau agar bersabar. Perbualan terhenti kerana Cikgu Yusnita sungguh terperanjat dan minta diri untuk balik dan sedang memikirkan untuk balik ke PP pada malam ini juga.

UNTUK ITU MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHADIAHKAN AL FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM ENCIK YUNUS AYAH KEPADA CIKGU YUSNITA, SEMUGA ROH BELIAU DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH, INSYAALLAH. AL FATIHAH.
Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali

No comments:

Post a Comment