Menurut riwayat sebahagian ulama salaf pada masa lalu, bahawa da seorang lelaki telah menziarahi saudara perempuannya yang telah meninggal dunia. Semasa menguburkan mayat wanita itu, tiba-tiba dompetnya yang berisi wang telah terjatuh ke dalam kubur saudarna tanapa diketahui seorang pun hingga dia pulang ke rumahnya. Apabila dia teringat akan dompet itu, dia kembali semula ke kubur itu, dana menggali kubur itu semula. Maka alangkah terperanjatnya bila kubur itu memancarkan api yang menyala-nyala, maka segeralah ditimbusnya semula kubur itu dengan tanah.
Dengan takjub dan menyesal, lalu dia kembali ke rumahnya menemui ibunya sambil menangis teresak-esak dan mengatakan:”Oh ibuku! Ceritakanlah padaku berkenaan saudar perempuanku ini, apa amal yang telah dikerjakan selama ini?” Si ibu merasa terperanjat dan bertanya:”Kenapa engkau bertanya demikian?” Katanya pula: ”Saya lihat kuburnya keluar api!” Dia kemudian menceritakan seterusnya.
Mendengar cerita itu, lalu ibunya menangis dan berkata: ”Hai anakku! Saudara perempuanmu itu tidak berbuat apa-apa, selain dia suka meremehkan waktu solat daripada waktu yang sebenarnya.”
Itulah akibatnya orang yang suka melewatkan solat hingga keluar waktunya. Kalau hanya melewatkan solat saja sudah tentu boleh berlaku begini, maka bagaimana pula halnya jika orang itu tidak mendirikan solat langsung!
Kita memohon kepada Allah s.w.t. moga-moga Dia dapat memberikan kita taufik untuk menjaga solat kita serta dpat mengerjakannya tepat pada waktunya, dan sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mulia.
No comments:
Post a Comment